ID BIKER APP

Inti Deras Motors Sdn Bhd akan melancarkan ID BIKER APP kepada semua pelanggan big bike yang telah membeli motosikal di Inti Deras Motors. Sejak dari tahun 2017, Inti Deras Motors telah melabur jutaan ringgit untuk meningkatkan Sistem Teknologi Maklumat (IT), untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

ID BIKER APP membolehkan pelanggan mengurus Sijil Kenderaan motosikal mereka dengan mudah. Pelanggan boleh mendapatkan VOC 24/7 mereka dari Inti Deras. Selain itu, pelanggan juga dapat mengetahui keadaan motosikal mereka selepas membuat servis di mana-mana cawangan Inti Deras Motors, ID BIKER APP mempunyai servis untuk mengingatkan pelanggan membuat servis motosikal mereka.

Pelanggan juga boleh berhubung dan mengikuti perkembangan setiap jabatan di Inti Deras Motors. Salah satu perkara menarik adalah pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan menunda 24/7, eksklusif di Kota Kinabalu. Menurut Mr How, selaku pengarah Inti Deras Motors berkata “Pelanggan adalah keutamaan kami, dan matlamat kami adalah untuk menyediakan serta memberikan perkhidmatan terbaik untuk mereka.”

“Your Bike, ID Care!” adalah moto Inti Deras Motors yang membawa maksud setelah anda membeli motosikal anda, pelanggan tidak perlu risau kerana pihak Inti Deras Motors akan urus dan jaga motosikal mereka. Inti Deras Motors Sdn Bhd adalah pengedar sah jenama Honda, Yamaha, Kawasaki, KTM, Modensa, SYM, Benelli dan lain-lain lagi. Pada masa ini, Inti Deras Motors telah menyediakan liputan rangkaian perkhidmatan penjualan dan waranti untuk pelanggan di seluruh Sabah melalui 9 cawangan yang terletak di Penampang, Likas, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Keningau, Labuan, Beaufort, dan Papar. Kepada sesiapa yang berminat membeli motosikal, anda kini boleh membeli secara dalam talian di www.intiderasmotors.com

Print
Spread the love
Back to top
PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com
× Whatsapp Sini!